Bila singgah jangan lupa tinggalkan jejak disini. Tinggalkan NAMA,FONE,EMAIL....

Thursday, September 17, 2009

Mahadi + Masitah = Anak-anak dia yang cun dan comel

dan Salam Sejahtera. Jeng, jeng, jeng. Ingat tak lagi member kita ni dari unit MT/SN diantara yang telah memasuki program perkongsian hidup pintar di bawah anak Syarikat Em Plus Em, Ha.. Ha. Cuba teliti gambar tu, gunakan memori kalian masa kat Maktab. Siapa yang pakai dan siapa yang tak pakai cermin mata? Abang kita ni sekarang mengajar di Petaling Jaya , Selangor. Terkini baru menimang cahaya yang keempatnya 4 bulan lepas. Selamat berkumpul dalam blog kita ni. Sebar-sebarkan.














Wednesday, August 5, 2009

Cerita dari Kangar.

dan Salam Sejahtera to all my friend.




Ini gambar terkini kawan kita dari Kangar, Saiful Azman dari unit MT/SN dah dapat ijazah 2008. Nampak makin berisi sikit berbanding kat Maktab dulu, maklumlah dah ada tukang jaga makan minum dia.... Terima kasih Saiful kerana sudi berkongsi info dengan kami.








Tuesday, July 21, 2009

Mai Tengok Gambar lama-lama.



Kawan-kawan semua, ini gambar yang saya selongkar dan jumpa balik. Kepada kawan-kawan apalah kiranya sama-sama kita menyumbangkan samaada gambar unit dsb, ke email matcopy@gmail.com atau apa masalah pada no 019-9317027




Platun 2, Kursus Rekrut di Kem Tembila.


Unit Matematik Sains Bersama Tuan Hj. Habib.





Bersama Saiful Azman MT/SN (Atas) dan Mazarul PI/PJK (Bawah), Mazarul dan Saiful kat mana ye sekarang?



Program jiwa murni Kg Teris (kalau tak salah).

Ini gambar saya tahun lepas, baru lepas berbekam kat kelapa, haha kat kepala.

Saturday, July 18, 2009

Azimat Master Of Sifu


dan Selamat Sejahtera, marilah kita renung yang saya kira boleh dijadikan renungan untuk kita semua daripada Allahyarham Dato' Haji Razali Ismail.








Friday, July 17, 2009

Soalan bocor . Lu Tengoklah Sendiri.....



Cerita soalan bocor ni keluar dekat dengan tarikh peperiksaan. Kata member, nak tengok soalan bocor tak? Nak tengok pi bilik kuliah xxxx, dalam hati kata, boleh caya ka puak ni, terus masuk dalam bilik kuliah. Dengan rasa tak percaya duduk rilex kejap sebab waktu kuliah tak tiba lagi, rasa hati memang tak caya sebab ada sign board lagi untuk ke tempat soalan bocor. Tapi yang membuat aku terpanggil-panggil nak tengok, siap orang yang keluar pasti tersenyum-senyum. Tanya depa, kenapa senyum-senyum. Kata depa, mu gi tengok sendiri. Ado gapo ni, bingkas menyusuri laluan di belakang dewan kuliah dimana diletak penghalang papan kenyataan bergerak membentuk laluan disitu. Tertampal disatu sudut sehelai kertas A4. Tertulis dengan pen merah, Soalan Bocor! Dan dibuatnya kertas tu bocor dgn satu lubang cucukan pen. Tersenyum sorang-sorang. Member mai tanya benda yang sama, kenapa tersenyum. Ha.. ha LU TENGOKLAH SENDIRI...... Ha...ha.....terkena jugak dong, hantu mana punya kerja........

Wednesday, July 15, 2009

Salam buat rakan dan teman MPPP 9699

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Mengasihani,

Saya mulakan blog dengan kalimah suci, moga-moga blog ini berjaya menjadi blog yang berguna dan bermanfaat kepada semua khususnya ex-warga M3P sesi 96/99 yang sama-sama berjuang mendidik anak bangsa demi agama dan negara. Moga-moga blog ini dapat mengeratkan kembali silaturrahim kita semua yang berterabur di muka bumi ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, adalah diharapkan dapat bersama kiranya mengimbau kembali kenangan kita di maktab disini. Sekurang-kurangnya terubat juga rindu kita yang dah lama tak berjumpa.

Kirim-kirimlah gambar dan apa-apa yang patut, sekurang-kurangnya dapat menaikkan semangat juang kita bila melihat kejayaan di kalangan kita.

Untuk rakan-rakan blog dalam pembinaan, terima kasih kepada senior kita, Cikgu Sabri yang memberi tunjuk ajar dalam mengendalikan blog ini.

Dan sebelum terlupa, marilah kita sedekahkan al-fatihah untuk Dato' Hj. Razali Ismail, bekas pengetua maktab kita yang sangat-sangat kita sayangi dan kita kagumi. Al-fatihah.

Begitu juga, dengar kata ada juga rakan kita yang telah kembali kerahmahtullah. Al-fatihah.